Menegangkan Kulit Muka
Ultra-bunyi
Kaedah rawatan ultra-bunyi ini amat mudah dan tidak menyakitkan langsung. Selepas dibersihkan, wajah akan diurut terlebih dahulu dengan 'arromassences iris' selama 10-15 minit.
Selepas diurut, serum kolagen akan disapu pada kulit muka dan alat khas akan digerakkan perlahan-lahan mengikut kontur otot-otot muka, alat ini akan ditekap pada kulit muka, dan kita dapat rasakan kesan urutan yang sangat lembut kerana kekuatan gerakan mesin ini boleh dikawal secara manual. Lebih menarik lagi alat ini boleh digunakan sehingga ke bawah mata untuk merawat kedutan dan bengkak atau kesan hitam bawah mata.
Kebanyakan pelanggan yang sudah mencuba rawatan ini mengakui ia sangat selesa dan tidak meninggalkan kesan sengal atau ngilu di bawah kulit.
Proses keseluruhan rawatan ini memakan masa kira-kira 20-30 minit. Rawatan ultra-bunyi ini ternyata selamat kerana ia boleh digunakan pada seluruh bahagian muka termasuk bahagian bawah mata bagi menghilangkan kesan sembap dan kelopak mata menggeleber serta garis halus pada hujung mata. (Crow Feet)
Tiada pantang larang yang perlu diamalkan sekiranya kita melakukan rawatan ini. Misalnya pelanggan boleh bersolek seperti biasa sebaik sahaja selesai rawatan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk semua jenis kulit terutamanya bagi wanita dan lelaki yang berusia 30 tahun ke atas. Lazimnya, mereka sudah mengalami tanda penuaan ketara sebelum usia mencecah 30an (mungkin mereka terdedah pada pencemaran metahari secara keterlaluan ataupun kesan pengambilan ubat tertentu yang menjejaskan)
Perlu diingatkan, rawatan ultra-bunyi ini bukan sahaja mampu menghilangkan kedutan dan garis halus, tetapi boleh membantu membuang sisa toksin di bawah kulit serta meningkatkan pertumbuhan sel kulit, elastin dan kolagen.