Pengelupasan berlian teknik terbaru mencerahkan kulit
Jika disebut berlian, pasti kita terbayang kehebatan batu berharga ini. Bayangkan betapa cantiknya kulit muka yang bersinar secantik berlian. Teknik terbaru perawatan kulit wajah memungkinkan impian ini. Teknik pengelupasan berlian (diamond peeling) mula menjadi buruan wanita yang sentiasa mengimpikan kulit wajah sempurna.
Teringin mencubanya?
Cuba usap-usap muka. Bagaimana rasanya? Lembut dan licin atau kasar dan kesat? Adakah garis halus dihujung mata ditambahi parut serta jaragat? Jika jawapannya ‘ya', anda boleh mencuba rawatan pengelupasan berlian kerana inilah rawatan terkini dan tercanggih bertujuan menanggalkan sel kulit mati serta-merta.
Bagaimanapun, jika kulit kita memang sudah terlalu lama terabai, usah harap seri wajah menyerlah sekelip mata. Rawatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 10 kali bagi menyerlahkan lapisan kulit muda yang segar, lembut dan lebih berseri.
Adakah rawatan ini menyakitkan?
Tidak. Proses pengelupasan berlian tidak menyakitkan kulit.
Alat pengelupasan berlian berbentuk silinder dan pada hujungnya ada corong penyedut sebesar syiling 10 sen berlapisan berlian halus. Alat ini bertindak ‘mengikis' dan menyedut serta-merta sel kulit mati, noda dan cela pada kulit.
Teknik rawatan ini juga selamat kerana sel mati pada epidermis kulit dikeluarkan secara berperingkat-peringkat. Kekuatan sedutan dan pengelupasan berlian boleh dikawal dan boleh disesuaikan berdasarkan keadaan kulit.
Perbezaan ketara pada kulit yang sudah dikelupas ialah ia nampak lebih nipis, cerah dan kemerah-merahan seperti kulit bayi kerana sel kulit muda berjaya diserlahkan ke permukaan.
Mesin pengelupasan kulit berlian menggunakan teknologi microdermabrasion yang dicipta khusus membantu kulit yang cepat kusam. Teknik rawatan ini sangat sesuai untuk
- Melenyapkan kulit kasar.
- Menghilangkan kesan cela seperti jeragat pada kulit kerana sering ‘dibakar' matahari.
- Menghilangkan kesan sinaran ultralembayung.
- Nyahkan parut penyakit (misalnya, parut demam campak) serta warna kulit tidak seimbang.
- Menghilangkan parut jerawat.
- Mengurangkan garis penuaan pada hujung mata, hujung mulut dan dahi.
- Membersihkan noda putih/hitam.
- Membersihkan liang pori tersumbat/besar.
Apakah perbezaan pengelupasan berlian dan rawatan dermabrasion biasa?
Kebanyakan rawatan kulit dermabrasion biasa menggunakan mata kristal aluminium yang sering meninggalkan sisa pada kulit, menyebabkan pengguna berasa tidak selesa dan kadang-kadang liang pori tersumbat.
Pengelupasan berlian bertindak secara lembut dan sesuai pada untuk semua jenis kulit dan warna. Rawatan sekejap sahaja, lebih kurang 30 minit bagi setiap pengelupasan dan tidak menyebabkan muka bengkak. Bagi yang baru mencuba rawatan ini, sebaik-baiknya lakukan 10 hari sekali pada bulan pertama dan rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali. Selepas keadaan kulit stabil, lakukan sebulan sekali serta rawatan asas di rumah.
Proses rawatan pengelupasan berlian
1. Sisa solekan dan kotoran pada muka dibersihkan terlebih dahulu. Sebaik-baiknya, dilakukan dua kali menggunakan losen pembersih dan pencuci muka. Bilas dengan air bersih. Sapu penyegar pada seluruh muka. |
|
2. Muka diwap dengan mesin orfacialsteamer bagi melembutkan kulit, mengeluarkan sel kulit mati serta membuka liang pori . Selepas itu noda hitam/putih dikeluarkan dengan alat khas. Jangan sesekali picit dengan jari. Ini akan memudaratkan kulit. Bagi wanita berkulit kering, muka dibersihkan sekali lagi dengan losen khas bagi meningkatkan tahap lembapan kulit serta membantu merangsang peredaran darah, membekal khasiat pada kulit serta membantu kelenjar peluh mengnyah toksin dan kotoran lain.

3a. Rawatan pengelupasan berlian ditumpukan pada bahagian dahi.
3b Pipi dan garisan senyum juga diberi perhatian.
3c Mengurangkan garis halus dan lingkaran hitam sekitar mata.
|
|
4. Selesai rawatan, muka diurut dengan krim penganjal kulit atau pati minyak neroli yang memberikan kesan penenang.

|
5. Pupur pencerah bagi menggandakan kesegaran dan keceriaan kulit.
6. Akhir sekali, pupur yang sudah kering ditanggalkan, penyegar dan pelembab disapu pada wajah.
|
Elakkan…
- Kulit terdedah kepada cahaya matahari 24 jam selepas rawatan.
- Berbedak/bersolek tebal beberapa jam selepas rawatan.