Menegangkan Kulit Muka
Rawatan Tenaga Haba Cahaya
Ia merupakan teknik rawatan yang menggunakan tenaga warna dan cahaya untuk merawat kulit. Cahaya matahari mengandungi spektrum gelombang berbeza yang kita lihat sebagai warna. Tubuh kita menyerap tenaga cahaya melalui getaran yang diperlukan untuk mengekalkan kemudaan. Tenaga diserap, diasimilasi dan dipancarkan daripada satu sel ke sel lain. Ia kemudian digunakan oleh DNA sel hidup sebelum diperkasa dan disiarkan sebagai cara komunikasi antara sel.
Proses biokomunikasi ini terhasil sebagai pemangkin pengeluaran hormon yang mempengaruhi keseluruhan sistem biokimia tubuh yang kompleks. Oleh sebab itu, selain kecantikan, rawatan tenaga haba cahaya (colour light therapy) turut bermanfaat untuk proses rejuvenasi, melegakan kesakitan serta merawat penyakit kronik, emosional dan spiritual.
Fungsi Rawatan
- Menegangkan kulit muka
- Menghilangkan kedut tepi mata
- Menghilangkan garis ekspresi
- Menghilangkan gelambir di bawah dagu atau leher
- Membantu menghilangkan jeragat
- Mengecilkan pori-pori
- Membaik pulih jerawat
- Mencerah wajah
- Menjadikan kulit lebih sihat
- Memudakan wajah
- Melangsingkan tubuh
Kekerapan
Bagi wanita yang berusia 50 tahun ke atas, anda disaran menjalaninya sebanyak dua kali bagi minggu pertama, minggu kedua dan ketiga (satu kali) dan minggu kelima (satu kali). Untuk mereka yang berusia 30 tahun ke atas ialah satu kali bagi minggu pertama, kedua dan ketiga serta perlu dilakukan sebulan sekali atau bila-bila perlu bagi mengekalkannya. Namun begitu segalanya bergantung kepada keadaan dan usia, rawatan disarankan satu atau dua bulan sekali
Kesan Sampingan
Telah dicipta sejak 30 tahun lalu, rawatan ini dijamin selamat dan tidak menyakitkan. Anda juga tidak mengalami sebarang kesan panas sekalipun cahaya dipancarkan. Malah tanpa perlu melakukan suntikan, kesannya dapat dilihat dengan cepat dan berkesan hanya dengan satu sesi rawatan.
Semua wanita atau lelaki yang berusia 25 tahun ke atas boleh melakukan rawatan ini. Bagi rawatan menghilangkan jerawat, semua golongan usia boleh melakukannya. Bagaimanapun, terapi ini tidak digalakkan untuk penghidap sawan, kanser, pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan, wanita hamil dan individu yang mengalami kudis pada wajah yang teruk.
Teknik Rawatan Tenaga Haba Cahaya
1. Wajah perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk membuang segala kekotoran ataupun solekan sebelum disapu toner.
2. Selepas itu wajah akan diurut. Urutan baik untuk kulit tapi hendaklah dilakukan oleh pakar kecantikan bertauliah. Teknik urutan yang salah boleh melemahkan gentian kolagen dan menyebabkan otot kulit menjadi kendur dan kalau tidak kena gaya, boleh mencederakan kulit. Cara mengurut yang betul adalah secara lembut dan perlahan-lahan daripada bawah ke atas.

3. Gel kolagen disapu sebagai perantaraan untuk mengelak menjadi kesat dan kering sewaktu proses color light therapy dilakukan. Kolagen dipilih kerana ia mampu mengaktifkan sel dan mampu menjadi bahan terbaik untuk mewujudkan interaksi dan membangkitkan sel.
4. Pilihan cahaya merah dipancarkan kepada wajah dengan tujuan merangsan sel kulit selama antara 30-40 minit (untuk melangsingkan tubuh, proses ini dilakukan lebih lama dan pada kuasa yang lebih tinggi).

5. Langkah terakhir adalah pemakaian masker bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih dan segar selepas menjalani rawatan.
